Seringkali ku bertanya, seakan ku tak percaya
Di kau meluahkan janji setia
Dalam beribu jejaka, kau memilih daku jua
Bertuah sungguh rasanya di jiwa
Hulurkan tangan mu, mari terbang bersama ku
Sesungguhnya aku hanya ingin bersama kamu
Mari kita bina, istana yang bahgia
Hanya ada kita berdua tuk selama-lamanya
Hanya satu pinta ku, jangan dipersiakan
Cintaku nan suci dan murni, jangan dikecewakan
————————–
* Chorus
Kini kita saling mengejar impian
Bersatu ke arah kemuliaan masa depan
Bersabarlah sayang masa kan menentukan
Ku berdoa agar ikatan akan berkekalan
————————–
Sambut tangan ku kasih, bersama beriringan
Menuju jalan yang sebenarnya dalam kehidupan
Janganlah ragui, ketulusan hati ini
Ku tak mampu hidup tanpa mu di sisi
Beri daku jawapan, agar ku tak beranganan
Ku tak mahu hanya bertepuk sebelah tangan
Kini daku serahkan, hati dan harapan
Sudilah andainya kau jadi permaisuri idaman
* Chorus (x2)
Sambut tanganku kasih, bersama beriringan
Menuju jalan yang sebenar, dalam kehidupan….
Written & Composed by: H umaizieH assan
0 comments:
Post a Comment